Monday, September 7, 2009

BUAH PALA



Buah pala atasi masalah kembung perut.




-dalam bahasa latin dikenali dengan nama Myristica fragrans (di negeri Maluku)
-juga dikenali dengan M Argantea (di Pala Irian)
-M Moschata di Indonesia
-atau ada yang memanggilnya dengan mengikut dialek daerah iaitu Pahalo, Paala, Pala bibinek.
-dikenali juga dengan Nutmeg dalam bahasa Inggeris
buah pala adalah dari keluarga Mace Myristicaceae






Buah pala mempunyai rasa yang unik dikatakan berasal dari wilayah Ambon, Maluku.

Ia boleh didapati dengan banyak di negara yang mempunyai iklim tropika dan di Kepulauan Antilia.

Di India, buah pala dibawa masuk oleh bangsa Hindu yang menetap di Kepulauan Jawa dan beberapa kepulauan negara itu di timur.

Dari India sampai ke Irian dan Eropah buah pala digunakan sebagai makanan, kudapan dan juga ubat yang terkenal dengan nama Farmakope.


Pokok buah pala sesuai di tanam di ketinggian sekitarnya lebih kurang 1000 meter dari aras laut.
Pokoknya tinggi lebih kurang 18 meter, berdaun bujur telur atau panjang dan lonjong dengan bahagian hujung dan pangkalnya berbentuk tajam.
Daunnya juga berbau harum, sementara bunganya berwarna kuning, tetapi bunga jantan dan bunga betina mempunyai bentuk yang berbeza.











Buah pala berbentuk bundar, ia terbahagi kepada dua belah. Isinya berwarna keputih-putihan dan keras sementara isinya berasa kelat, tetapi ia sangat enak dimakan apabila dicampurkan dengan gula dan sirap.



Apa pun yang sangat menakjubkan mengenai buah pala ini ialah dari segi kandungan kimianya. Buah ini mengandungi zat minyak terbang (myristin, pinen, kamfen iaitu bertujuan untuk membius), dipenten, pinen safrol, eugenol, iso-eugenol, gliseda (asam-miristinat, asam-oleat, boeneol, giraniol), protein, lemak, pati gula, vitamin A, B1 dan C.




Ia juga mengandungi sejenis minyak iaitu trimyristin.


Biji benihnya ada mengandungi minyak terbang, berbau wangi tetapi agak pahit. Dikatakan kira-kira 8 hingga 17 peratus minyak terbang ada dalam lapisan yang menutupi biji benihnya.






Dari segi perubata buah pala dikatakan boleh membuang angin yang berlebihan didalam usus dan juga sebagai ubat sakit perut.


Kulit dan daunnya juga mengandungi minyak terbang dan keharuman yang menyenangkan. Buah pala jantan boleh dibuat ubat perangsang, manakala bunga yang dikeringkan dijadikan bahan campuran untuk membuat jamu.






Getah segar yang berwarna kehijauan dari buahnya dibuat ubat kumur untuk mengubati penyakit seriawan.

Dalam dunia perubatan hemeopati, biji pala banyak dijadikan ramuan untuk mengubati histeria, sembelit, penyakit sukar tidur dan perut kembung.