Sunday, March 21, 2010

Pokok Bunga Tanjung



Pokok tanjung berasal dari kepulauan Indo-China dan mempunyai taburan semula jadi di India, Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Malaysia.
Nama saintifiknya Mimusops Elengi dan tergolong dalam keluarga sapotaceac, pokok tanjung merupakan tumbuhan liar yang tumbuh di tepi pantai, kawasan berbatu dan dalam hutan. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter dan boleh menghasilkan batang atau kayu balak sepanjang 15 hingga 20 meter. Pokok tanjung menghasilkan banir yang sangat kecil atau besar sehingga 2 meter tinggi.
Daun pokok tanjung jenis ringkas, susunan bersilang-seli dan bahagian tepi daun beralun-alun dan bengkok ke atas. Daunnya licin dan berkilat. Bunganya pula ada jenis dwijantina. Bunganya berwarna putih dan bercampur kuning. Bunganya ini dihasilkan secara tunggal atau dalam jambak kecil.


Bunga Tanjung yang berjambak


Buahnya jenis beri berbentuk bujur telur. Sebelum matang, buahnya berwarna hijau. Buah ini akan bertukar kepada warna oren dan merah setelah masak. Apabila matang, buahnya rasa manis dan mempunyai kandungan astringen. Astringen bertindak sebagai agen yang mengcutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Bunga pokok tanjung mengandungi minyak mudah meruap manakala bijinya mengandungi minyak tidak meruap. Kulit pokoknya banyak mengandungi tanin dan sedikit alkaloid. Pokoknya pula mengandungi saponin.


Buah Tanjung

Kuatkan gigi dan gusi Bahagian kulit batang, daun dan bunga adalah bahagian yang banyak digunakan serta mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri. Kulit pokok tanjung dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan. Jika direbus, kulit pokok ini boleh digunakan sebagai air pencuci mulut. Ia mampu menguatkan gigi dan gusi serta merawat sakit kerongkong. Bukan itu sahaja, ramuan ini juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah nafas berbau.

Jika kulit pokok tanjung dijadikan serbuk pula, ramuan ini boleh digosok atau diurut pada sendi yang sakit akibat reumatisme. Kulit pokok tanjung ini juga boleh dijadikan sebagai ubat pupuk bagi merawat masalah jerawat, gatal-gatal dan pelbagai penyakit kulit. Kulit pokok tanjung yang direbus bersama dengan kulit pokok asam jawa dikatakan boleh digunakan sebagai ubat sapu bagi penyakit kulit. Air rebusan kulit batang pokok juga boleh digunakan untuk mencuci luka.

Air rebusan kulit pokok atau bunga boleh diminum terutamanya untuk merawat demam panas dan cirit-birit. Kulit dan buah pokok tanjung yang belum masak boleh dijadikan losen untuk merawat ulser. Biji pokok tanjung yang telah ditumbuk lumat pula boleh ditelan bersama air untuk merawat cirit-birit.

Redakan sakit kepala

Daun pokok tanjung boleh ditumbuk lumat atau direbus sebelum dijadikan sebagai ubat pupuk untuk merawat sakit kepala. Jika anda mengalami masalah sakit hidung dijangkiti ulser, bolehlah menggunakan daun pokok tanjung yang telah ditumbuk serta dicampur dengan sedikit jintan hitam yang kemudiannya dijadikan ubat pupuk.

Daun pokok tanjung juga boleh dibakar dan asapnya kemudiannya dihidu untuk merawat ulser di hidung, asma dan pelbagai masalah hidung dan mulut. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.


Bukan setakat untuk tujuan perubatan, pokok tanjung juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Bunganya boleh direndam dalam minyak kelapa. Ramuan ini boleh dilumurkan ke rambut dan hasilnya mampu mewangikan rambut. Minyak biji pokok tanjung pula dikatakan boleh digunakan untuk memasak atau minyak pelita.

Ringkasan kegunaan : 1. Merawat ruam bernanah – Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. Air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut. 2. Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau. Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari.
3. Merawat luka – Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

4. Merawat ozena atau rhinitis – Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.


5. Mewangikan rambut – Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut. 6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi
mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan lain pokok tanjung, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari.
Sumber : MisteriAlam dan Bunga Tanjung

Capaian entry berkaitan :
  1. Pokok Serunai Laut
  2. Mulberry buah pelbagai guna
  3. Antara khasiat dan mudarat tongkat ali
  4. Plum bantu kurangkan berat badan
  5. Khasiat bunga cempaka
  6. Buah kiwi lindungi tubuh daripada radikal bebas
  7. Perihal Batu Serai dan Serai Wangi
  8. Buah lemon kurangkan lebihan asid
  9. Ajisai - Bunga Tiga Bulan - Hydrangea
  10. Cekur - Ulam selepas bersalin
  11. Anggur di Malaysia?

Thursday, January 14, 2010

Apricot



Sejarah biji apricot b17 mencegah kanser dan penyakit kronik


Vitamin b17 boleh di dapati dari biji apricot…


http://www.cafemlm.com/wp-content/uploads/2009/06/250px-apricot_and_cross_section.jpg


Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.


Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu

.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.


Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.


Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh….masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot…


Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.


Kelebihan Vitamin B-17

· Merawat & membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah

SUMBER:WORLD WITHOUT CANCER


klik sini---rawatkanser. com


"PERINGATAN DAN AMARAN

Anda perlu menggunakan Biji Apricot raw yang telah di nyah affsla toxin atau di sebut "organik asenik". Biji Apricot Organik adalah Apricot 1st yang terbaik, contoh "Apricot Affsla free toxsin" adalah Apricot yang di gunakan dalam rawatan Kanser, bukan Apricot yang di gunakan dalam ramuan kosmetik.

Biji Apricot merupakan bahan asas rawatan untuk merawat segala jenis kanser
Anda jangan tersalah pilih jenis Apricot untuk rawatan dengan Apricot untuk membuat kueh."

1. Biji Aprikot (cooking) untuk buat kueh, tidak boleh digunakan untuk rawatan kanser.

2. Biji Aprikot B17 sahaja yang mampu merawat kanser. Jadi gunakan biji aprikot b17, jenis yang digunakan dalam rawatan kanser.




Monday, September 7, 2009

BUAH PALA



Buah pala atasi masalah kembung perut.




-dalam bahasa latin dikenali dengan nama Myristica fragrans (di negeri Maluku)
-juga dikenali dengan M Argantea (di Pala Irian)
-M Moschata di Indonesia
-atau ada yang memanggilnya dengan mengikut dialek daerah iaitu Pahalo, Paala, Pala bibinek.
-dikenali juga dengan Nutmeg dalam bahasa Inggeris
buah pala adalah dari keluarga Mace Myristicaceae






Buah pala mempunyai rasa yang unik dikatakan berasal dari wilayah Ambon, Maluku.

Ia boleh didapati dengan banyak di negara yang mempunyai iklim tropika dan di Kepulauan Antilia.

Di India, buah pala dibawa masuk oleh bangsa Hindu yang menetap di Kepulauan Jawa dan beberapa kepulauan negara itu di timur.

Dari India sampai ke Irian dan Eropah buah pala digunakan sebagai makanan, kudapan dan juga ubat yang terkenal dengan nama Farmakope.


Pokok buah pala sesuai di tanam di ketinggian sekitarnya lebih kurang 1000 meter dari aras laut.
Pokoknya tinggi lebih kurang 18 meter, berdaun bujur telur atau panjang dan lonjong dengan bahagian hujung dan pangkalnya berbentuk tajam.
Daunnya juga berbau harum, sementara bunganya berwarna kuning, tetapi bunga jantan dan bunga betina mempunyai bentuk yang berbeza.











Buah pala berbentuk bundar, ia terbahagi kepada dua belah. Isinya berwarna keputih-putihan dan keras sementara isinya berasa kelat, tetapi ia sangat enak dimakan apabila dicampurkan dengan gula dan sirap.



Apa pun yang sangat menakjubkan mengenai buah pala ini ialah dari segi kandungan kimianya. Buah ini mengandungi zat minyak terbang (myristin, pinen, kamfen iaitu bertujuan untuk membius), dipenten, pinen safrol, eugenol, iso-eugenol, gliseda (asam-miristinat, asam-oleat, boeneol, giraniol), protein, lemak, pati gula, vitamin A, B1 dan C.




Ia juga mengandungi sejenis minyak iaitu trimyristin.


Biji benihnya ada mengandungi minyak terbang, berbau wangi tetapi agak pahit. Dikatakan kira-kira 8 hingga 17 peratus minyak terbang ada dalam lapisan yang menutupi biji benihnya.






Dari segi perubata buah pala dikatakan boleh membuang angin yang berlebihan didalam usus dan juga sebagai ubat sakit perut.


Kulit dan daunnya juga mengandungi minyak terbang dan keharuman yang menyenangkan. Buah pala jantan boleh dibuat ubat perangsang, manakala bunga yang dikeringkan dijadikan bahan campuran untuk membuat jamu.






Getah segar yang berwarna kehijauan dari buahnya dibuat ubat kumur untuk mengubati penyakit seriawan.

Dalam dunia perubatan hemeopati, biji pala banyak dijadikan ramuan untuk mengubati histeria, sembelit, penyakit sukar tidur dan perut kembung.




Thursday, August 27, 2009

DAUN KELEDEK

Keledek


- nama saintifiknya Ipomoea batatas
- dari keluarga Convolvulaceae
- dikenali juga dengan nama ubi jalar, ubi gadung dan gadung jalar.










Terdapat banyak kegunaan keledek terutama dalam penghasilan berbagai jenis kuih muih dan masakan. Boleh juga digunakan untuk masakan seperti gulai lemak putih bersama daun pucuk manis atau daun asin-asin.





Daun dan getah keledek juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti demam panas, sakit perut, luka, bisul dan kulit melecur.





Untuk demam panas daun keledek diramas-ramas dalam air hingga hancur dan dilapkan ke seluruh badan terutama di sendi-sendi dan diulangi beberapa kali.

Untuk sakit perut pulak, layurkan daun keledek di atas api dan disapu dengan minyak masak. Sebelum daun tersebut sejuk, sejurus ia di layurkan dan disapu minyak terus tekapkan pada perut.





Untuk luka, bisul atau kulit melecur gunakan seperti cara pertama tadi atau ramas-ramaskan hingga hancur kemudian letakkan di tempat yang sakit tadi dan balut, biarkan beberapa jam. Jika ia dilayurkan tampalkan pada tempat yang sakit kira-kira 10 minit.






Getah keledek boleh digunakan iaitu dengan cara menitiknya pada tempat yang terkena ulser atau seriawan mulut untuk mengubatinya.



LENGKUAS PADI

Lengkuas Padi - Buang Angin






- nama saintifiknya Alpinia conchigera

- daripada keluarga Zingiberacea




- lengkuas padi juga dikenali sebagai lengkuas helang dan lengkuas ranting.







Rizom atau ubi lengkuas digunakan sebagai ramuan memasak rendang atau lauk gorengan. Dengan menghiris atau menumbuk lumat kemudian dicampurkan kedalam masakan dapat menambahkan selera dan memberi aroma kepada masakan tersebut.







Terdapat dua jenis lengkuas yang selalu digunakan oleh masyarakat di sini. Yang berakar putih selalu digunakan untuk masakan manakala yang berakar merah untuk tujuan perubatan.









Batangnya terdiri daripada susunan pelepah yang bulat panjang, pangkalnya hanya terdapat pelepah manakala bahagian atas lengkap dengan helaian daun.






Umbi dan akarnya berserat kasar dengan aroma yang harum.

Lengkuas mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate.

Lengkuas berkhasiat sebagai antikulat, antibakteria, menghangatkan, membersihkan darah,menambahkan nafsu makan, mencairkan kahak, mengharumkan peluh dan merangsangkan otot.

Selain dari itu ia juga berfungsi untuk mengubati panau, kesakitan waktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa dan menguatkan otot yang lama tidak digerakkan.






Selain turut mempunyai khasiat seperti lengkuas makan, lengkuas padi selalu digunakan untuk mengubati demam, panas badan, lenguh-lenguh, sakit sendi dan membuang angin badan.






Untuk demam panas, daun lengkuas padi diramas-ramas dengan beras dan air di dalam bekas. Kemudian air tersebut dilapkan pada badan terutama bahagian sendi dan diamalkan hingga sembuh. Manakala untuk sakit tulang, angin seluruh badan, lenguh-lenguh serta sakit sendi, keseluruhan daun, batang serta ubinya digunakan,dengan cara menumbuknya sehingga lumat dan dilumurkan keseluruh badan. Cara yang sama juga boleh digunakan oleh ibu-ibu lepas bersalin, ditampal di perut sebelum diikat dengan bengkung atau barut bertujuan membuang angin dalam badan, sekaligus mengecutkan perut.




PUCUK BETIK



Pucuk Betik - Ubati Migrain.


- nama saintifiknya Carica papaya L
- dari keluarga Caricaceae yang mengandungi pelbagai zat.
- bagi setiap 100g betik , ia mengandungi
59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
92.1g air,
1.0g protein,
0.1g lemak,
13.5g karbohidrat,
0.5g serat,
0.5g abu,
31.0mg kalsium
0.8mg magnesium
17.0mg posporus
1.0mg zat besi
2.0mg sodium
337.0mg potasium

- ia juga mengandungi vitamin B sebanyak 0.08mg,
vitamin B2 (0.12mg)
niasin (0.1mg
vitamin C (69.3mg)
karotin (2431ug)



Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.







Ia mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.



Bunga betik selalunya terdapat pada betik jantan boleh juga direbus dan dibuat kerabu.


Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.






Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut. tapi awas....tidak sesuai untuk wanita yang mengandung.






Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.


Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.





Walau apapun kelebihan memakan buah betik untuk kesihatan memang tidak dapat dinafikan. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.



LIMAU PURUT

Limau Purut - Mencantikkan Kulit




- nama saintifiknya Citrus hystrix

- dari keluarga Rutaceae





Limau purut sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia seperti pokok limau biasa kecuali daunnya beranak dan buahnya mengerutu dengan rasa masam dan pahit.

Bagi masyarakat di Malaysia, daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa masakan seperti tomyam, laksa, asam pedas maupun rendang.

Buahnya pula antara bahan utama yang digunakan dalam upacara berubat, mandi bunga dan mandi wap untuk menyegarkan badan.






Dalam teknologi moden, limau purut digunakan sebagai aroma terapi dan minyak wangi. Selain dari kegunaan tersebut limau purut boleh digunakan untuk penjagaan kesihatan, rawatan untuk sakit kulit, menghilangkan lemah dan letih.


Ia juga boleh digunakan sebagai pencuci rambut dan kulit kepala berkerak di samping mengatasi masalah kulit bersisik.








Untuk mendapatkan kesegaran selepas kepenatan, ambil 2 gengam daun limau purut dan rebus untuk jadikan air mandian. Mandian dengan air ini dapat memberi kepuasan dan kesegaran dan badan kembali bermaya.




Bagi kulit kepala berkerak pula, ambil buah limau dan dipotong dua kemudian gosokkan di kepala. Ini akan menyebabkan rasa pedih sedikit. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama boleh digunakan untuk kulit yang bersisik , lakukan semasa mandi, kemudian bilas .